Pengoperasian sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran bagi kumpulan A membabitkan empat negeri hari ini berjalan lancar dan teratur.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, seramai 130,177 pelajar dan murid yang sebelum ini terbabit dengan sistem penggiliran bagi kumpulan A kembali hadir seperti biasa, manakala kumpulan B yang bermula esok membabitkan 416,000 murid dan pelajar.